12 Tip Memelihara Alam Sekitar :
- Beli barangan yang mempunyai label mesra alam yang diiktiraf. Penggunaan produk tersebut dapat membantu mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
- Bawa Beg sendiri semasa membeli-belah.
- Tutup Peralatan elektrik jika tidak digunakan
- Gunakan tenaga dan bahan api secara efisien, jangan bazirkan sumber.
- Dinginkan rumah secara bijak dengan menanam pokok disekitar kediaman agar persekitaran yang nyaman dapat dinikmati.
- Kurangkan atau hentikan menggunakan barangan pakai buang kerana ia akan hanya menghasilkan sisa pejal yang sukar terurai.
- Gunakan air secara bijak kerana ia juga merupakan sumber yang semakin berkurang.
- Amalkan tabiat harian agar apabila membeli makanan tidak lagi di bungkus dalam bekas plastik tetapi menggunakan bekas yang dibawa sendiri
- Menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula (reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat daripada barang-barang yang diproses semula (recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce).
- Asingkan bahan-bahan buangan sebelum membuangnya. Beri sokongan terhadap Kempen Alam Sekitar.
- Kurangkan penggunaan penghawa dingin di rumah. Bukan setiap tingkap di dapur dan biar cahaya matahari dan udara dengan bebas.
- Gunakan peralatan elektrik yang dapat menjimatkan tenaga.